Wednesday, March 12, 2014

5 Cara Lindungi Diri dari Jerebu

Sejak musim panas menjelang ni, banyak kebakaran hutan terjadi. Sana terbakar, sini terbakar. Daun dan pokok yang kering mudah sangat terbakar. Maka banyak tempat akan diselaputi jerebu. Jerebu ni bahaya, boleh menyebabkan masalah kesihatan, jika dibiarkan mungkin boleh parah.

Berikut adalah 5 cara untuk lindungi dari jerebu





1. Kurangkan Aktiviti luar.
Kita takleh lari dari jerebu (kecuali kita ke luar negara), tetapi kita boleh kurangkan kemungkinan terdedah dengan jerebu. Mereka yang mempunyai masalah jantung dan pernafasan perlu hadkan aktiviti luar dan sentiasa berada dalam bangunan selalu.

Melakukan aktiviti luar seperti joging boleh menyebabkan anda menyedut pencemaran ke dalam paru-paru. Ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.





2. Sentiasa berada di dalam bangunan.
Pastikan pintu, tingkap  dan sebarang lubang udara di tutup sepanjang masa jika anda berada di rumah. Jika anda ada penyaman udara, sila ON dan pastikan penapisnya bersih. Jika mampu, anda boleh memilih untuk membeli air purifier yang membantu menjernihkan udara dalam rumah dari partikel jerebu.

Untuk pilihan yang lebih organik, anda boleh tanam pokok yang boleh menyerap pencemaran seperti Chinese Evergreen dan Snake Plant. 





3. Pakai Topeng
Pilihlah topeng muka berkualiti untuk menapis partikel jerebu dari memasuki hidung dan saluran pernafasan. Topeng pernafasan seperti N95 lebih berkesan menapis partikel halus dari jerebu. Adalah disarankan untuk menukar topeng jika ia rosak atau koyak. Ia boleh dibeli di kedai-kedai ubat dan farmasi.





4. Meningkatkan sistem imun badan
Makan makanan berkhasiat sangat digalakkan untuk kita sehari-harian tetapi untuk musim jerebu, anda disarankan untuk wajib memakannya dengan lebih kerap. Untuk mengurangkan simptom selsema dan batuk yang sering berlaku ketika jerebu, banyakkan makan makanan yang tinggi Vitamin C dan Vitamin E seperti sayur hijau, avocado, epal, tuna dan sebagainya. Minum lebih air dari biasa supaya membantu buah pinggang membuang semua toksin yang diserap oleh paru-paru dan kulit kita.

Kurangkan pengambilan kopi kerana minuman ini menggalakkan kehilangan cecair dalam badan dan menghilangkan nutrien dalam badan dengan lebih cepat. Lagipun, jika ada tanda-tanda hidung mula berair, air yang kita minum boleh mencairkan kahak dan membuangnya dengan lebih mudah.





5. Jumpa doktor jika tidak sihat.
Ada rasa susah nak bernafas, batuk, selsema dan pedih mata? Pergilah berjumpa doktor dengan kadar segera. Mereka yang ada asma dan ekzema sangat penting untuk pantau kesihatan dan sentiasa berada di rumah sepanjang masa ketika jerebu.


sumber: http://blog.stclassifieds.sg/5-ways-to-protect-yourself-against-haze/

Vitamin C Shaklee dan Vitamin E Shaklee sangat baik untuk di ambil.
Vitamin C hanya RM92.50 sebotol (180biji) 
Vitamin E Shaklee hanya RM149 sebotol(120biji)





dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 0193816167
FB : Ida Ifaz

Pengedar Shaklee berhampiran anda:
Pengedar Shaklee Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...