Wednesday, August 27, 2014

Resepi Keropok Lekor Mudah dan Sedap (Homemade)

Keropok Lekor adalah makanan popular di pantai timur Malaysia. Terengganu antara negeri yang popular dengan keropok lekor. Asas bahan keropok lekor adalah ikan yang mempunyai banyak kelebihan terutama untuk perkembangan otak.

Berikut adalah resepi homemade keropok lekor yang mudah untuk di ikut dalam sukatan kecil.



KEROPOK LEKOR (ihsan resepi dari Amalia Bundawidya)


Bahan-bahan:

1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya.
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

Cara-cara:


1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.

2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don't worry!

3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.

4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang. .

5. Rebus doh yg sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.


Ibu-ibu yang sukar dapatkan keropok lekor di bandar-bandar, boleh buat sendiri mengikut sukatan dan kelembutan yang boleh di'adjust' ikut kegemaran sendiri


Tips Tambahan



[Proses membuat Keropok Lekor]

Ada sebab kenapa perlu tambah ketulan air batu sewaktu mengadun isi ikan dan tepung. Ketulan ais bukan air dingin, ya. Berbeza keduanya.

Ini bagi memudahkan kerja mengadun supaya doh tidak melekat pada tangan / bekas.

Sepertinya kita menambahkan minyak atau butter sewaktu mengadun doh roti.
Selamat mencuba


Bacaan lanjut: 8 Tanda Kanser Usus Yang Ramai Tidak Sedar




Ibu-ibu yang Surirumah atau Berkerjaya seperti wanita dalam video di bawah(bekas Engineer) pasti nak klik video CARA ATASI LETIH dan lesu dan dapatkan tips hebat dari beliau. 

18 comments :

Farha IbuCergas said...

Oh, memang buat sendiri ke? hebatnya!! saya tahu makan jek la.. :p

wawan said...

Alhamdulillah saya buat jadi..tqsm puan ida moga dimurahkn rezki

Eray Majid said...

Wahh senang rupanya..nak cari ikan nak cari ikan

Ardiana Ardilan said...

Senang je rupanya..ada masa nak cuba nanti...tq sis..

Nor Lailee Ahmad said...

Mohon share..tq

Nor Lailee Ahmad said...

Mohon share..tq

aku_runsing said...

tq kongsi resepi..nyummy...nak buat...halalkan ye..

Unknown said...

Setgh mangkuk mcmmne ye?? Hihi..

Anonymous said...

Kak.. ikan ape lg yg sesuai digunakan dlm resepi ni yer? Semua jenis ikan pun ok ker?

Unknown said...

Saya share...halal kan yea

Anonymous said...

tq kak. dapat juga saya makan keropok lekor di ulsan korea ni kak.

Unknown said...

mohon share

Unknown said...

mohon share

Zara Nabilah said...

Sedapnye....tq share resepi..nak kene try nie.. シ

Anonymous said...

sya mau tnya tepung sagu tu tepung sagu apa?tepung sagu kanji atau pun tepung sagu rumbia?

aleyafirdaus said...

Nk cuba halalkn ye..

Unknown said...

In progress..terima kasih ya... mohon halalkan resepi..😘

Unknown said...

Klu xnk liat pakai tepung sagu rumbia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...