Sunday, March 15, 2015

[Video] 7 Tips Legakan Sakit Belakang Untuk Ibu Menyusu

Biasa kita dengar tentang sakit belakang kerana mengandung. Mungkin berat badan bertambah dan menambah beban untuk ditampung oleh belakang badan.

Tapi sebenarnya sakit belakang kerana menyusu juga biasa dan adalah normal. Kebanyakan sakit belakang oleh ibu hamil adalah berpunca dari postur badan yang salah ketika menyusu.

Sakit belakang buat badan tak selesa. Nak buat apa-apa kerja pun terbantut. Nak ruku' ketika solat serta mendukung anak memang menyiksakan. Fuh!

Sakit sangat!


Jika anda rasa sakit ketika mendukung anak, wanita dalam video di bawah juga mengalaminya. Ikuti pengalaman beliau dan bagaiman beliau melegakan rasa sakit tulang dan belakang.


Sakit Tulang Belakang & Lenguh2 Badan Buat Ibu Ini RImas, Sampailah.... from iReach HD on Vimeo.




Postur yang salah ketika menyusu

Ramai ibu menyusu mengadu bahawa belakang mereka sakit tapi ramai tak sedar kesalahan mereka ketika menyusu.


Ramai ibu-ibu menyusu termasuk saya sendiri menyusukan bayi secara membongkok. Bahu dan payudara dibawa ke arah anak sehingga memberi kesan kepada belakang kita. Menyusu ambil masa yang agak lama dan ia akan menyakitkan belakang badan.

Cara postur yang betul adalah dengan membawa anak dekat ke badan. Badan anak ditampung dengan bantal supaya lebih tinggi. Badan si ibu tidak perlu membongkok ke hadapan dan mengurangkan sakit belakang kepada ibu.



7 Cara Legakan Sakit Belakang untuk Ibu Menyusu

1. Gunakan tungku panas / Pad panas

Tungku panas boleh digunakan pada bahagian yang sakit. Pad panas boleh di letakkan pada bahu, leher dan belakang ketika menyusu.

Ia bantu otot untuk relaks dan kurangkan rasa sakit belakang ketika menyusu. Haba memang sangat membantu dalam kurangkan sakit.



2. Cuba Kedudukan Menyusu yang Berbeza

Banyak kedudukan untuk menyusu yang boleh digunakan oleh si ibu. Ada kedudukan 'football hold' dan ada kedudukan berbaring. Anda boleh cuba cara menyusu yang berbeza untuk kurangkan sakit belakang kerana menyusu



3. Menyusu di dalam carrier / wrap

Ini mungkin satu teknik baru, tetapi ia mungkin cara yang berkesan bagi kurangkan sakit belakang ketika menyusu.

Selain digunakan untuk memudahkan dukung anak ketika outdoor, ia juga boleh digunakan untuk menyusukan anak tanpa menyakitkan belakang. Carrier atau wrap boleh menyokong berat bayi dan bantu meletakkan bayi dekat kepada payu dara ketika menyusu.

Bukankah ia memudahkan? Sambil bekerja di rumah, sambil menyusu. Badan pun kurang sakit, anak selesa dalam carrier / wrap sehingga tertidur.



4.  Mengurut.

Mengurut adalah cara paling popular dalam kurangkan sakit belakang. Mengurut boleh kurangkan ketegangan otot yang sakit dan melancarkan edaran darah



5. Senaman regangan lembut.

Selain mengurut, otot yang tegang boleh dikurangkan dengan senaman. Senaman yoga seperti dalam video di bawah mungkin boleh membantu.



6. Akupuntur

Akupuntur adalah salah satu cara untuk legakan sakit belakang



7. Relaks dan kurangkan stress

Stress boleh menyebabkan tegangan kepada otot. Otot yang tegang boleh menyebabkan sakit belakang, leher dan baru. Jika rasa stress ambil jalan mudah untuk tenangkan diri kembali.

Cara untuk tenangkan stress.
[✔] Mengingati Allah


[✔] Mandi air panas

[✔] Berurut

[✔] Tidur

[✔] Fokus kepada penyusuan. Penyusuan boleh menenangkan.


http://hubpages.com/




Kurangkan Sakit Belakang dengan Shaklee.

Kekurangan kalsium juga adalah penyebab sakit belakang dan lenguh-lenguh badan. Ostematrix adalah pil Kalsium Shaklee yang boleh bantu kurangkan rasa sakit belakang dan lenguh-lenguh badan.

Hanya RM61 sebotol (120biji)



Testimoni






Dapatkan Ostematrix anda HARI INI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...