Wednesday, August 10, 2016

Orang Stress Akan Bertambah Sakit? 4 Masalah Kesihatan Ini Menanti Mereka

Setiap orang pasti ada alami stress. Setiap hari dan mungkin setiap ketika. Ada orang stress dengan banyak benda, kadar stress berbeza ikut orang.

Ada orang stress dengan keadaan di tempat kerja. Ada yang stress dengan anak-anak. Tidak ketinggalan juga yang stress kerana masalah kewangan, masalah rakan dan kesihatan.

Stress memang sukar dijangka, namun ia perlu di kawal.

Tak ramai yang perasan perkara ini, namun kawal stress sama pentingnya dengan mengambil supplemen kerana ia boleh menjadikan satu-satu penyakit bertambah parah jika stress tidak dikawal.

Berikut adalah antara 4 bencana Stress dari segi kesihatan:



Masalah #1: Penyakit Diabetes Semakin Parah


Ketika stress, sejenis hormon yang dipanggil ACTH akan dirembes menyebabkan paras hormon stress(kortisol) meningkat.

Kortisol boleh menyebabkan risiko diabetes makin meningkat kerana ia boleh kurangkan pengeluaran insulin dalam pankreas.

Insulin berfungsi membenarkan glukosa diserap ke dalam sel. Bila insulin berkurang, paras glukosa / gula dalam darah akan meningkat sebab tak diserap.

Kortisol juga boleh menyebabkan badan kita simpan lebih lemak. Lebih banyak lemak, lebih tinggi risiko kena penyakit kronik.



Masalah #2: Stress Tinggikan Risiko Sakit Jantung


Mereka yang ada stress, ada paras protein C-reactive lebih tinggi. Protein C-reactive adalah bahan penyebab radang yang tingkatkan risiko sakit jantung.

Stress juga boleh tingkatkan bahan penyebab radang yang lain iaitu cytokines. Cytokines boleh ransang peningkatan plak yang mengeras di dinding saluran darah / arteri.



Masalah #3: Osteoporosis Juga Boleh Disebabkan Oleh Stress


Stress boleh jadi penyebab meningkatnya risiko osteoporosis atau tulang rapuh.

Kajian mendapati stress boleh menyebabkan terhasil lebih banyak hormon noradrenaline dalam tulang.

Hormon noradrenaline boleh menyebabkan badan kita tidak dapat kekalkan kepadatan tulang.




Masalah #4: Stress Jadikan Kita Sukar Fokus


Apabila kita stress, sejenis cecair kimia dalam otak yang dipanggil serotonin akan berkurang dari biasa.

Otak kita tak dapat hasilkan serotonin yang cukup, maka sel-sel otak mungkin tidak cukup penghubung/ reseptor untuk berhubung.

Biasa kita dengar iklan susu formula "Bila sel-sel otak anak berhubung" kan?

Haa.. Macam tu lah kes sel otak kita ni. Tak cukup serotonin, maka ia tidak berhubung dan mungkin memantul semula.

Itulah punca kita kurang fokus dan sering lupa



Stress Membahayakan.

Selain masalah kesihatan fizikal, stress boleh jadi penyebab kesihatan mental juga merosot.

Kesihatan sosial juga terjejas. Orang sekeliling menjauh dari kita, dan kita akan dipinggirkan.

Ingatlah ayat Allah ada mengingatkan dalam surah Ar-Ra'du:

"Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Bila ada masalah, ia harus menjadi cabaran kerana ia adalah ketentuan Allah untuk jadikan kita lebih kuat.

Percaya dengan setiap kesusahan pasti ada kesenangan.




Saya adalah Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia.
Ingin dapatkan produk Shaklee?

Hubungi Ida Ifaz 019-381617
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...