Wednesday, January 18, 2017

Resepi Muffin Pisang Mudah, Tak Perlu Pakai Mixer

Assalamualaikum.

Semalam anak request buat muffin pisang lagi. Sebenarnya resepi ni Ida ambil dari buku resepi Chef Norzailina.




Resepi asal adalah Muffin Pisang Chocolate Chip.

Sebabkan semalam Chocolate Chip dah habis maka buat muffin pisang tabur hirisan Badam aje atas dia.



Muffin Pisang Mudah

Bahan-bahan

2 Cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil sodium bikarbonat
1/4 garam

1 cawan pisang yang dah dilenyek
1/3 cawan minyak
1/3 cawan susu
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 cawan gula castor

Optional:
1 cawan chocolate chip
Hirisan badam sebagai hiasan

Cara


1. Panaskan oven pada 190-200 darjah celcius

2. Ayak tepung, baking powder, sodium bikarbonat dan garam. Ketepikan.

3. Dalam bekas lain, campurkan telur, gula, susu dan minyak. Kacau sebati.

4. Satukan bahan basah dan bahan kering. Masukkan pisang dan chocolate chip(jika) ada.

5. Sudu adunan ke dalam bekas muffin. Separuh aje sebab ia akan mengembang.

6. Taburkan badam hiris jika suka sebagai hiasan.

7. Bakar pada suhu 190-200 darjah celcius dalam masa 30 minit atau sehingga kekuningan.


Mudah aje buatnya. Tapi kalau ada chocolate chip tu, lagi sedaplah.
Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...